keterlaluan

Kabar Raya - Siapakah pemilik bibir paling seksi diantara artis Hollywood. Jika pertanyaan tersebut dijawab Angelina Jolie, Mungkin itu dulu, kini posisi Jolie sudah tergantikan.

Menurut laporan daripada Inquistr, Taylor menduduki tempat pertama dengan bentuk bibir yang paling diinginkan oleh orang ramai untuk melakukan pembedahan plastik.

Menurut Dr.Julian De Silva yang merupakan salah seorang doktor yang melakukan pembedahan plastik, bibir yang dimiliki oleh Taylor mempunyai bentuk yang sempurna.

"Ramai wanita yang melakukan pembedahan plastik menginginkan bentuk bibir seperti Taylor Swift kerana mereka menggangap ia amat sempurna.

"Dia mempunyai bentuk bibir yang menawan dan mengghairahkan kerana ia dipengaruhi oleh gigi Swift yang sedikit besar.

"Secara tidak langsung ia mendorong bibir tersebut kelihatan semakin tebal dan seksi," katanya seperti dikutip dari Astro, Sabtu (24/12/2016).

Angelina Jolie dilihat berada di tempat kedua dan diikuti oleh penyanyi Rihanna, Scarlett Johansson, Rosie Huntington-Whiteley dan Megan Fox. (**)