keterlaluan

Kabar Raya - Penyanyi pop George Michael, yang terkenal pada tahun 1980an bersama kumpulan Wham! dan kemudiannya meneruskan karier sebagai artis solo.

Ia meninggal dunia pada Ahad di rumahnya di England saat berusia 53 tahun.

"Ia adalah amat menyedihkan untuk mengesahkan bahawa anak kesayangan kami, abang dan rakan George telah meninggal dunia di rumah ketika perayaan Krismas," kata jurucakapnya menerusi kenyataan.

"Keluarga meminta privasi mereka dihormati pada masa sukar seperti ini. Tiada lagi komen pada peringkat ini," kata kenyataan itu lagi.

Dilahirkan pada tahun 1963 dengan nama Georgios Kyriacos Panayiotou, dia pernah bermain muzik di sistem kereta api bawah tanah London sebelum membentuk Wham! bersama Andrew Ridgeley pada tahun 1981.

Sepanjang kariernya, dia mencipta beberapa lagu hits termasuk Careless Whisper yang popular hingga ke hari ini dan Faith.

Albumnya telah terjual melebihi 100 juta unit sepanjang kejayanya dalam tempoh empat dekad.