keterlaluan

Kabar Raya - Kembali, penyanyi Britney Spears memperlihatkan muka lucunya dalam akun sosial media. Wanita berusia 35 tahun seakan ingin memperlihatkan dirinya baik-baik saja.

Daily Mail melaporkan, Britney, 35, memuat naik empat fotonya yang memperlihatkan dia membuat mimik muka lucu selain meniru gaya watak dalam filem Charlie's Angel.

"Jangan memandang rendah kepada kuasa seorang Charlie's Angel," tulisnya.

Peminat penyanyi lagu Toxic itu terkejut apabila laman Twitter Sony Music yang juga syarikat rakaman Britney memuat naik status mengatakan dia meninggal dunia.

Bagaimanapun, Sony Music dalam satu kenyataan menjelaskan akaun Twitter tersebut telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan telah memadam status tersebut.

"Akaun ini digodam dan berita berkenaan tidak benar. Britney dalam keadaan baik dan sihat," jelas kenyataan itu.